Thursday, November 6, 2008

...^Apakah erti sebuah Perkahwinan itu bagi anda?^...

PERKAHWINAN apa yang korang faham dan mengerti perkataan ini!!!!adakah PERKAHWINAN itu sebuah permainan, pertaruhan,atau saja2 untuk melepaskan hawa nafsu...!!!!!kalau kita lihat didunia sekarang, kita boleh lihat ramai antara artis2 luar dan dalam negara BERCERAI!!!...bercerai kerana apa?disebabkan tidak ada lagi kasih sayang, suami/isteri curang,mentua tak suka menantu,dan macam2 lagi lah.....apa korang ingat PERKAHWINAN ini 'mainan'....sudah bosan, cari baru dan yang lama kita buang!!!PERKAHWINAN terjadi atas dasar suka sama suka,perasaan sayang itu ada, dan cinta sejati ....

kadang2 aku naik muak dan bosan dengan cerita2 yang dipaparkan di dada akhbar soal PERCERAIAN.. apakah sudah menjadi adat orang kat dunia nie bercerai?(bingung aku)...CINTA SEJATI itu bererti cinta yang suci, tulus, dan sampai ke akhir hayat .....mengapa nak kahwin kalau tidak ada cinta sejati didalam hati kita?perkahwinan adalah abadi sebuah perkahwinan yang berkekalan, hanya maut yang dapat memisahkan....bukannya bermaksud, separuh jalan, lepas tu segala-galanya hilang begitu...(tiada perasaan, nak cari org lain dll..).....
dan perasaan sayang itu tidak harus pupus begitu saja!!!malah, perasaan sayang itu harus semakin bertambah...tahun ke tahun perasaan sayang itu terus naik dan naik!!!orang yang nak bercerai nie sebenarnya mereka hanya tipu jak kalau mereka katakan yang perasaan sayang tu dah tak dah...dah tak boleh bersefahaman lagi!!TAPI itu hanya alasan untuk mereka melepaskan diri dari ikatan perkahwinan...sebaliknya mereka sudah menemukan yang 'baru'...


alang2 aku dah cerita soal perkahwinan nie, aku nak share sebuah kisah tentang seorang wanita.." wanita nie, dah berumur 65 tahun..namun masih belum berjaya mencari pengganti selepas suaminya meninggal dunia 30 tahun yang lalu...wanita nie mempunyai seorang anak, hasil perkongsian hidup bersama mendiang suaminya..satu hari, ada seorang saudara kepada wanita nie bertanya 'kenapa kamu sehingga kini tidak mencari pengganti?tidak kah kamu sunyi?tidak kamu rindu akan belaian seorang suami?'korang tau tak apa wanita itu menjawab!'cukuplah hanya sekali aku berkahwin.untuk apa mahu berkahwin lagi?suami ku seorang cinta sejati ku!dan aku tidak pernah sunyi, kerana anakku sudah besar..aku punya teman untuk bercerita dan bergurau senda!!lagipun rindu aku akan terubat bila aku melihat anak ku!didalam jiwa anak ku aku dapat melihat cinta yang suci dari suami ku...!!!hanya anakku lah pengganti suami ku!!!sebab itu adalah HARTA yang aku ada bersama suami ku sewaktu suami ku masih ada".....

cerita nie memang real...kawan aku yang kat America ceritakan cerita nie kat aku!air mata aku mengalir selepas kawan aku bercerita tentang kisah ini..aku begitu kagum dgn cinta sejati pasangan ini!!!betapa mendalamnya cinta wanita itu terhadap mendiang suaminya!!bayangkan selama 30 thun lebih wanita itu hidup bersama anaknya tanpa mencari pengganti!!aku bangga!!sebab bagi mereka cinta mereka hanya dapat dipisahkan oleh maut!bagi mereka tidak ada yang dapat memisahkan cinta mereka!sebab mereka tahu bahwa PERKAHWINAN yang mereka bina adalah anugerah Tuhan yang terindah...sebab mereka tahu bahwa Tuhan menciptakan mereka untuk menjadi pasangan di dunia ini...aku kagum dgn wanita ini!!!kalau boleh aku pun nak jadi macam wanita ini....heheh

bagi korang yang kat luar sana, yang belum berkahwin carilah pasangan anda yang benar2 menjadi pasangan anda seumur hidup!!kalau korang ragu2 samada pasangan itu betul atau tidak, mohonlah kepada Tuhan...Tuhan pasti akan tunjukkan!!!dan bagi mereka yang dah nak kahwin tu, hargai lah PERKAHWINAN anda...sebab itu sebuah anugerah yang Indah dari Dia yang berkuasa..:)

*apa yang aku tulis nie aku sja nak share kat korang semua....aku nak korang buka fikiran korang luas2 sebelum mendirikan rumah tangga!carilah pasangan yang benar2 sesuai..
kan sedih kalau dah kahwin then bercerai..rugi duit beribu2 melaksanakan majlis perkahwinan!!!...then kalau dah ada anak lagi, anak tu yang kesian..masih kecil ibu bapa mereka dah berpisah!!!!kesian kan kat budak2 yang masih mentah yang tak mengerti semua tu...:)..anyway taht all from me...so korang berikan lah pendapat korang masing2 k..tujuan aku bukan nak mengutuk siapa2, tapi sebagai pelajaran untuk kita semua, supaya kita lebih berhati2..bukan kerna hawa nafsu kita nak kahwin, tetapi kerana
CINTA YANG SEJATI....

oppsssss....terlebih sudah aku nie!!!!hehehhehe sa punya tagline dah aku guna!!huhuhu....

No comments: