Tarian Shuffle nie mula2 aku tak tau ape benda nie, samapai satu hari aku tgk cousin aku perempuan buat tarian nie.....wahhhhh, memang smart lah, malatop!!aku tgk cousin aku buat macam best pula...namun bagi aku apa yang best sgt tarian tu?lu pikir lah sendiri...hehhehehe!nie petikan yang aku ambil dari harian metro..tak sangka pula tarian nie boleh membuat kan remaja2 kita buat aktiviti2 yang tak baik....adui......bagi aku lah, tak deh faedah nya tarian nie!lagipula tarian nie memang akan menimbulkan pergaduhan diantara beberapa pihak!contohnya kalau, ada pertandingan yang akan dianjurkan untuk mencari tarian shuffle yang paling best,kreatif dan macam2...pasti akan ada insiden pergaduhan berlaku!percaya lah..then macam keratan kat bawah nie mengatakan remaja2 minum arak, bergaduh..tak ker susah macam tu!huh....so sekali lagi aku syorkan pada remaja2 yang senang terpengaruh ngan kawan2 tu, elakkan lah terlibat dalam benda macam nie, kalau niat tu baik nak beljar tarian nie untuk menjaga stamina kamu, ok lah..tapi kalo saja nak menunjuk2 dan cari pasal ngan org, baik jauhkan lah....sebelum menyesal!!!
"KUALA LUMPUR: Tarian Shuffle sepatutnya menjadi aktiviti sihat di kalangan remaja kerana selain mempamerkan kemahiran tarian kaki, ia juga baik untuk membina stamina dan kesihatan jantung.Bagaimanapun, di kawasan siar kaki di Bukit Bintang di sini, lain pula jadinya apabila segelintir kumpulan remaja penggemar tarian berasal Ireland itu menjadikannya sebagai lesen untuk pergaulan bebas, minum arak dan bergaduh sesama sendiri.Difahamkan, tarian itu yang popular di Australia selepas dilakukan beberapa pengubahsuaian mengikut peredaran zaman, kini begitu cepat merebak dan menambat hati remaja Melayu termasuk murid sekolah rendah sehinggakan mereka tidak segan silu menari sama ada di kawasan awam atau sekolah. Ia juga menenggelamkan kegilaan golongan itu terhadap budaya skinhead dan punk menyebabkannya menjadi buah mulut di kalangan remaja kota sehinggakan sekitar Bukit Bintang tidak ubah seperti tapak pesta apabila golongan berusia 13 hingga 19 tahun berkumpul menyaksikan beberapa kumpulan mempersembahkan kemahiran tarian Shuffle.
Seorang remaja dikenali sebagai Daniel yang berkunjung saban minggu ke situ, mendakwa bagaimanapun terdapat beberapa kumpulan Shuffler yang tidak sebulu dan gemar bergaduh sesama mereka.
“Biasanya kumpulan ini datang setiap minggu untuk bertarung menari bagi menunjukkan siapa lebih hebat. Kadangkala pertarungan itu membawa kepada pergaduhan,” katanya.Seorang penggemar tarian itu, Boy, 18, berkata dia mula terikut-ikut menari Shuffle selepas melihat beberapa rakannya menari dalam kelas.Menurutnya, langkah tarian itu agak unik berikutan ia banyak bergantung pada gerak kaki yang seolah-olah seperti berlari setempat, namun dengan pelbagai langkah berbeza.Berdasarkan maklumat di Internet, tarian Shuffle mempunyai beberapa teknik unik seperti Puppet Dance, Jump Style hinggalah teknik paling sukar yang dipanggil Hard Shuffle.“Saya terpikat dengan tarian ini dan hampir setiap hari berlatih untuk memastikan saya mahir. Malah, saya turut mempelajari asas tarian ini melalui laman web dan video. “Biasanya, kami gemar menari di khalayak ramai kerana ada geng lain akan cuba melawan. Apabila berlaku cabar mencabar, barulah keadaan jadi ‘panas’ dan seronok,” katanya.Menurutnya, penari Shuffle yang tidak cukup stamina biasanya cepat letih mudah dikalahkan. “Bagaimanapun, ada di kalangan mereka tidak puas hati kerana kalah dan nak cari gaduh. Lebih bengang apabila mak we kena usik. Akibatnya kami bergasak setiap kali terserempak dengan ahli kumpulan itu,” katanya,Seorang lagi remaja, Mazan, 16, mendakwa tarian Shuffle hanya untuk suka-suka dan riadah.“Ketika menari Shuffle, jantung kita akan menjadi pantas dan langkah tarian itu menyebabkan otot kaki jadi kuat.“Namun, kalau salah cara, ada yang terseliuh kaki terutama di kalangan mereka di peringkat asas.“Apa yang saya tahu, tarian Shuffle di sini berbeza dengan di barat kerana gaya Malaysia diubah suai,” katanya.Mazan juga tidak menafikan ada di kalangan remaja Melayu yang minum arak sebelum menari, kononnya untuk memberi ketenangan.“Mungkin mereka nak tunjuk hebat atau rasa dah besar,” katanya. Pengamatan wartawan Harian Metro yang berkunjung ke tapak Shuffle itu, mendapati walaupun terdapat dua hingga tiga kumpulan mempamerkan kebolehan menari, namun lebih ramai remaja hanya sekadar berpeleseran di kawasan itu.Mereka tidak segan silu merokok serta berpelukan antara lelaki dengan perempuan, malah ada yang tidur di kaki lima akibat keletihan kerana melepak."